Jumaat, 13 Jun 2014

Mommy Obsession : BAKING

Red Velvet w/ Cream Cheese Frosting


Chocolate Moist w/ Ganache

Red Velvet w/ Cream Cheese Frosting

Yam Pudding Cake w/ Fresh Cream

Ti-Rha-Mei-Suuuuu


nota kaki: MA masih lagi tengah belajar, banyak lagi nak kena improveee.. apa pun, i love bakingggg

Rabu, 9 April 2014

Kopi O Peng

Tengah makan tengah hari.. MA whatsapp gambar kopi o peng kat suami...

En. Suami: sejak bila pandai order kopi o peng ni?

MA: ntah, siadek mau kali.. hihihi

En. Suami: laa.. hitam la nanti siadek

MA: T__T ** dalam hati cakap, ada ke camtu? minum susu anak putih, minum kopi anak hitam? **


oh, kalo kat sabah peng tu ais...kopi o peng tu sama je kopi o ais :D



Jumaat, 21 Mac 2014

Product Sharing By Mommy Adelz : SKINCARE

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni ada yang tegur kulit MA, siap tanya lagi apa MA pakai sampai muka jadi camtu.. rasa lawak ada jugak haha yelah, kulit MA tidaklah flawless macam Hanis Zalikha ekekeke yang tak tahu, MA punya masalah jerawat dan kulit berminyak since sekolah menengah, now alhamdulillah masalah jerawat dah kurang dan jarang cuma masalah liang roma kat pipi dan hidung T_T huwawawawa tapi kulit berminyak ni awet muda tau ekekekekeke


 
 

Ini apa yang MA letak kat muka. Balik je dari kerja bersihkan muka  dengan Pixy Gentle & Moist Cleansing Lotion pastu bilas dengan air walau ikutkan botol tak perlu bilas. Bila nak tido MA cuci muka dengan pencuci Nivea pastu letak krim malam NourAin. Bangun tido cuci muka dengan Nivea dan apply krim Royal Expert White. Ini rutin harian dan kalau cuti dok umah jer.

Jangan pelik kenapa MA tak pakai toner.. Sebab MA tak suka pakai toner dan tiap kali pakai toner(any brand) my oily face getting worst..

Pada MA, nak pakai apa-apa produk pun takde masalah sangat, yang penting sesuai dengan kulit kita. Macam MA, campur-campur ehehe pencuci lain pelembab lain krim malam lain.. kena rajin try and error lerrrr :) kulit setiap orang berbeza..

 

Kalau p kerja, MA tambah sunblock Cosmoderm dan Lipstick Maybelline. Memandangkan MA kening jenis serabut, so MA akan rapikan kening hihihi

Oh ye, MA sangat-sangat jarang pakai compact powder sebab not my favourite stuff.. jangan terkejut kalau MA kata compact powder MA mampu bertahan setahun malah lebih sebab jarang pakai T_T
Selain jagaan luaran, MA jugak amalkan ESP Shaklee 2sudu besar setiap pagi sebelum sarapan untuk sumber protein badan, yang tak tau, protien sangat penting untuk pembaharuan kulit.

Tip EXTRAAAASSSS:
- Bangun tido minum 2gelas air masak dan selawat
- Minum air sekurang-kurangnya 3lit sehari
- Kurangkan kafein (MA dulu pengamal tegar nescafe, tp sejak ada kesedaran sivik ni perlahan-lahan kurangkan dan sekarang alhamdulillah dah sangat-sangt jarang minum nescafe)
- Tidur yang cukup
- Senyumlah walau banyak macam mana pun masalah anda :) 

My Simple Look bila p kerja.. MA pakai lens ye sebab MA rabunzzzz T_T

Okeh.. sekian perkongsian dari MA kali ni.. 

Rabu, 19 Mac 2014

MY PRECIOUS


Anakku,
Mungkin sekarang dikau tidak mengerti apa itu hidup, 
Mungkin sekarang dikau tidak mengerti apa itu cabaran,
Mungkin sekarang dikau tidak mengerti apa maknanya pengorbanan dan kasih sayang,

Tapi, 
Mommy percaya,
Suatu hari nanti dikau akan mengerti setiap apa yang mommy dan babah cuba sampaikan,
Secara lisan atau tidak,
Mommy yakin,
Dikau mampu mengharungi setiap dugaan dan cabaran hidup,
Doa mommy sentiasa mengiringi tiap langkah mu.

Kerna,
Dikau,
Anugerah terindah dalam hidupku




with love;
MommyAdelz


Khamis, 6 Mac 2014

Main Make-Up

Ahad tu datang angin rajin, nak buat homework yg cikgu bagi awal bulan Feb tu, tapi baru berkesempatan nak buat. haha macam la sibuk sangat kan kan.. bhahaha fyi, ni 1st time MA mekup ekekeke

Antara tools yang MA guna untuk hasilkan mekup ni:
  • Sigma Brush. (Boleh tgk review kat sini)
  • Foundation Revlon Colourstay
  • Maybelline Mineral Powder
  • Maybelline Liquid Eyeliner
  • Maybelline Mascara
  • Maybelline Lipstick
  • Dodo Open Eyes Pallete
  • Miss Rose Eyeshadow (free gift masa kurus makup tu)
  • Unbranded Eyebrow Pencil 
  • Fake Eyelashes
  • Unbranded Blusher
  • Unbranded Shading Pallete
So, lets started!


SEBELUM

Muka plain, no edit. MA letak pelembab sahaja... MA memang tak cukur kening memang original camtu hahaha. Tips, sebelum letak apa mekup kat muka, pastikan muka bersih dan letak pelembab sebagai pelindung kepada kulit kita ni..even kulit MA ni tidaklah halus mulus gitewwww :-P

Conteng conteng muka.. siap! here the look!



***


***


***


***


***

SELEPAS









close-up mekup mata. MA suka simple. tak suka yg terlalu extrem.. ekekeke kening tu MA tak cukur atau trim, just kemaskan dan tutup dengan foundation dan eyeshadow colour champange..kalau nak hasil lagi mables boleh je pilih fakelashes yg lawa-lawa.. MA pakai design yang simple je.. hihi dah nama pun percubaan pertama, banyak lagi yg MA nak kena belajar hihi.. Kalau pakai big lens lagi nampak kawaiii ekekeke 

nanti nak cuba gyaru plak.. bye! 


Khamis, 27 Februari 2014

Review : SOFTLENS BAUSCH AND LOMB

Hari tu mencari-cari lens yang sesuai, sebab risau sangat power mata ni macam makin up. Kebetulan sabtu tu jalan-jalan, terus rembat softlens. Dah google before nak pilih mana satu haha banyak yang review brand Acuvue dari Johnson & Johnson bagus, pusing punya pusing tak jumpa brand tu kat pekan kecil sekitar MA tinggal. At the end ni je lah hasil yang MA dapat. Softlens Bausch  & Lomb 59, kenapa 59? sebab mata MA jenis kering, plus keja kat tempat yg punya power aircond tahap gigil hahaha memandangkan power mata MA tak sama kiri dan kanan, so kena beli lain-lain power. MA malas nak cite panjang MA bagi je spek mata MA mintak dia ambik dari spek tu je bhahaha apek tu kata, beli sepasang RM25, 2pasang dapat RM50. tapi beli sekotak/3pairs dapat RM50.. 

Tanpa fikir panjang MA rembat terus 2kotak RM100 untuk pakai 6bulan haha tamak tak kiterr?? T_T free lens case 1 jer.. kedukut tu apek haha (nampak sangat tak bersyukur di bagi harga murah) hahaha

Yang tak tau, camni la rupanya.. 
ihsan google
Description:

These new generation monthly or more frequently disposable soft contact lenses excel on all three fronts — comfort, convenience and value. Made with advanced Unifit™ technology, ensuring precision fit and performance, lens after lens, month after month.

Water Content:  59% H2O    
Material Content:  Halifilcon B
Diameter: 14.2
Base Curve: 8.6


The Review:

Pro:
  • Lembut je, dah nama pun softlens haha
  • Pandangan MA terang (alhamdulillah)
  • Warna lens ni ada biru-biru sikit, senang sikit nak nampak kot2 terjatuh ke terkeluar ke.. ehehe
Contra:
  • MA rasa macam ada sesuatu kat dalam mata (xselesa untuk jangka masa panjang)
  • Rasa anak mata susah nak bernafas.. (aci tak) haha
  • 14.2mm macam sangat tak sesuai ngan anak mata MA, sebelum ni pakai 14.5mm rasa macam tak pakai lens >_<
  • Nak pakai yg ni kena sentiasa titikkan lens drops
Star Rating:
3/5

Repurchased:
NO

MA pakai lens softlens Bausch & Lomb


gambar selingan.. MA nak mata besar cam anak mommy..