Selasa, 24 September 2013

Breasfeeding Journey: BAGAIMANA NAK MULA?

Assalamualaikum


Hari ni mumy nak share tentang perjalanan breasfeeding mumy, walau baru usia anak mumy 5bulan. sepanjang 5bulan perjalanan memang agak mencabar terutamanya untuk new mum seperti mumy ni. hehe

segalanya bermula bila mumy start google apa yg terbaik untuk baby semasa ckecik masih kat dalam perut ni. yelah, semua ibu kat dunia ni nakkan yg terbaik untuk anaknya kan. macam mumy jgak :) kemudian mumy ambik keputusan untuk bf anak mumy nt once dia keluar kat dunia ni.. hehe.. dan alhamdulillah mumy bersalin di hospital yg breastfeeding friendly.

ok, ibu-ibu mak-mak sekalian, yg berniat nak bf anak tp tak tau nak mula dari mana, meh mumy kongsikan pengalaman mumy untuk memudahkan korang.

first thing first: ILMU. ini sangat CRUCIAL. kenapa mumy tekankan ilmu sangat penting? yelah, kalo tak tahu apa2 camana nak mula kan.. ye dak? hihihi.. bagaimana nak dapatkan ilmu tentang penyusuan? ala, kan sekarang segalanya dihujung jari, google je.. yg penting keyword kena betul, jgn lak korang nak google tentang penyusuan korang taip keyword "kurus" memang nak kena lempang satu2 :D .. confirm banyak dapat result. lepas dh google jgn open tab je tapi tak baca, klo camtu confirm nak kena bapap ni! hehe.. ok dah google baca dan tulis d buku ke kertas ke diary ke (jika perlu)

bila dah baca dan dapat apa yg korang nak, kena plan.. apa yg diperlukan next.. next apa ye? ok.. dr pengalaman mumy, perut 7bulan mumy dah mula google semua aspek tentang BF apa yg perlu, bagaimana nak mula. dan semestinya bagi ibu bekerja spt mumy, breastpump(BP) adalah teman baik siibu. pilih BP yg berkualiti mengikut budget anda :) rajinkan diri google tentang BP. boleh google review ibu2 kat luar sana tentang BP. mumy pilih Medela Freestyle sebab hampir 95% bagi feedback yg bagus utk medela ni..a bit pricey, tp berbaloi untuk dimiliki.


 
mumy beli dalam RM14++

make it short, ini checklist mumy semasa mumy dah sebulat hati untuk BF anak.
  • niat
  • ilmu
  • breast pump
  • azam
  • support from hubby (sbb kdg kita down bila ada suara luar yg suh kita add on FM)

last sekali, untuk memudahkan korang, ini link yg korang boleh rujuk untuk tambahkan ilmu tentang penyusuan. 


thanks for reading this entry!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan