Jumaat, 6 September 2013

Unpredictable Moment!

hari ni MA rasa sangat mengantuk sebab kurang tido. so langkah berjaga-jaga..


tadaaaaaaaaa !!!!!!!

borong nescafe.. hehehe

tapi takpe, puas hati sebab dapat jumpa orang tersayang walau sekejap. Adel pun senang hati dapat jumpa babah lepas 2 bulan tak jumpa. hee

takde plan sebenarnya suami nak singgah rumah sebab suami gtau kemungkinan dia tak sempat nak singgah sebab lewat sampai K.Kinabalu tapi suami sampai dalam pukul 9 malam dari Lahad Datu (alhamdulillah dipermudahkan perjalanan suami). oleh kerana perjalanan kampung MA dengan K.Kinabalu hanya memakan masa sejam setengah, maka dengan gigihnya suami berusaha agar dapat balik.. jam 10.30 malam suami kol gtau dia dapat balik kampung dan suami siap pesan suh masak sedap2 sebab suami lapar.. hehe.. so in my mind agak2 suami sampai dalam jam 11.30 paling cepat.. tp tengah asyik masak antara lauk febret suami, MA dengar bunyi kereta.. dalam hati kata takkan cepat sangat suami sampai.. mesti racing la ni..penangan nak jumpa anak babah.. hehe

sampai je suami, MA siapkan makan dan minum suami sementara suami merenung tepat wajah anak yang lama ditinggal dek kerna tugas dan tanggungjawab yang tak dapat nak dielakkan..dari jauh MA dapat lihat kerinduan seorang ayah yang tak berbelah bagi kepada anaknya.. sweet u know hehehe

biasa sekitar 12am Adel jarang nak bangun, bangun pun nak menyusu.. tapi semalam Adel bangun siap main lagi dengan babah.. agaknya dia tahu yang masa tuk bersama babah sangat berharga untuk dibazirkan.. cian anak mommy.. tido pun nak babah peluk baru diam dari mengomel bababerberbeenganganga (bahasa ni adel je tau apa maksudnya.. hehe)

jam 4 am MA bangun nak kejutkan suami sebab suami nak gerak before 5 am.. sementara suami mandi MA siapkan sarapan suami.. tengah prepare sarapan di meja, suami keluar dari bilik, bukan seorang tapi dengan dak kecik d tangan.. hai la anak, bangun jugak ye nak kacau babah sarapan..biasanya jam 6 am baru Adel bangun.. agaknya naluri kebapaan yang buat Adel jaga.. siap jaga sampai babah jalan lagi.. usai saja babah hilang dari pandangan Adel bagi signal nak tido.. kejap je MA bobokkan, dah tido.. kemudian MA sambung power pumping jam 5.15 am hingga la 6.15.. then siap nak p keja.. penat tapi berbaloi sebab dapat curahkan bakti untuk suami :) yelah, PJJ la katakan, gunakan masa bersama sehabis mungkin.. kualiti yang penting, bukan kuantiti.

so, unpredictable moment menjadi sangat indah sebab ianya tanpa dirancang, dan penuh dengan kejutan...

apa unpredicable moment korang? jom share..

thanks for reading this entry!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan