Jumaat, 13 Jun 2014

Mommy Obsession : BAKING

Red Velvet w/ Cream Cheese Frosting


Chocolate Moist w/ Ganache

Red Velvet w/ Cream Cheese Frosting

Yam Pudding Cake w/ Fresh Cream

Ti-Rha-Mei-Suuuuu


nota kaki: MA masih lagi tengah belajar, banyak lagi nak kena improveee.. apa pun, i love bakingggg

Rabu, 9 April 2014

Kopi O Peng

Tengah makan tengah hari.. MA whatsapp gambar kopi o peng kat suami...

En. Suami: sejak bila pandai order kopi o peng ni?

MA: ntah, siadek mau kali.. hihihi

En. Suami: laa.. hitam la nanti siadek

MA: T__T ** dalam hati cakap, ada ke camtu? minum susu anak putih, minum kopi anak hitam? **


oh, kalo kat sabah peng tu ais...kopi o peng tu sama je kopi o ais :D



Jumaat, 21 Mac 2014

Product Sharing By Mommy Adelz : SKINCARE

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni ada yang tegur kulit MA, siap tanya lagi apa MA pakai sampai muka jadi camtu.. rasa lawak ada jugak haha yelah, kulit MA tidaklah flawless macam Hanis Zalikha ekekeke yang tak tahu, MA punya masalah jerawat dan kulit berminyak since sekolah menengah, now alhamdulillah masalah jerawat dah kurang dan jarang cuma masalah liang roma kat pipi dan hidung T_T huwawawawa tapi kulit berminyak ni awet muda tau ekekekekeke


 
 

Ini apa yang MA letak kat muka. Balik je dari kerja bersihkan muka  dengan Pixy Gentle & Moist Cleansing Lotion pastu bilas dengan air walau ikutkan botol tak perlu bilas. Bila nak tido MA cuci muka dengan pencuci Nivea pastu letak krim malam NourAin. Bangun tido cuci muka dengan Nivea dan apply krim Royal Expert White. Ini rutin harian dan kalau cuti dok umah jer.

Jangan pelik kenapa MA tak pakai toner.. Sebab MA tak suka pakai toner dan tiap kali pakai toner(any brand) my oily face getting worst..

Pada MA, nak pakai apa-apa produk pun takde masalah sangat, yang penting sesuai dengan kulit kita. Macam MA, campur-campur ehehe pencuci lain pelembab lain krim malam lain.. kena rajin try and error lerrrr :) kulit setiap orang berbeza..

 

Kalau p kerja, MA tambah sunblock Cosmoderm dan Lipstick Maybelline. Memandangkan MA kening jenis serabut, so MA akan rapikan kening hihihi

Oh ye, MA sangat-sangat jarang pakai compact powder sebab not my favourite stuff.. jangan terkejut kalau MA kata compact powder MA mampu bertahan setahun malah lebih sebab jarang pakai T_T
Selain jagaan luaran, MA jugak amalkan ESP Shaklee 2sudu besar setiap pagi sebelum sarapan untuk sumber protein badan, yang tak tau, protien sangat penting untuk pembaharuan kulit.

Tip EXTRAAAASSSS:
- Bangun tido minum 2gelas air masak dan selawat
- Minum air sekurang-kurangnya 3lit sehari
- Kurangkan kafein (MA dulu pengamal tegar nescafe, tp sejak ada kesedaran sivik ni perlahan-lahan kurangkan dan sekarang alhamdulillah dah sangat-sangt jarang minum nescafe)
- Tidur yang cukup
- Senyumlah walau banyak macam mana pun masalah anda :) 

My Simple Look bila p kerja.. MA pakai lens ye sebab MA rabunzzzz T_T

Okeh.. sekian perkongsian dari MA kali ni.. 

Rabu, 19 Mac 2014

MY PRECIOUS


Anakku,
Mungkin sekarang dikau tidak mengerti apa itu hidup, 
Mungkin sekarang dikau tidak mengerti apa itu cabaran,
Mungkin sekarang dikau tidak mengerti apa maknanya pengorbanan dan kasih sayang,

Tapi, 
Mommy percaya,
Suatu hari nanti dikau akan mengerti setiap apa yang mommy dan babah cuba sampaikan,
Secara lisan atau tidak,
Mommy yakin,
Dikau mampu mengharungi setiap dugaan dan cabaran hidup,
Doa mommy sentiasa mengiringi tiap langkah mu.

Kerna,
Dikau,
Anugerah terindah dalam hidupku




with love;
MommyAdelz


Khamis, 6 Mac 2014

Main Make-Up

Ahad tu datang angin rajin, nak buat homework yg cikgu bagi awal bulan Feb tu, tapi baru berkesempatan nak buat. haha macam la sibuk sangat kan kan.. bhahaha fyi, ni 1st time MA mekup ekekeke

Antara tools yang MA guna untuk hasilkan mekup ni:
  • Sigma Brush. (Boleh tgk review kat sini)
  • Foundation Revlon Colourstay
  • Maybelline Mineral Powder
  • Maybelline Liquid Eyeliner
  • Maybelline Mascara
  • Maybelline Lipstick
  • Dodo Open Eyes Pallete
  • Miss Rose Eyeshadow (free gift masa kurus makup tu)
  • Unbranded Eyebrow Pencil 
  • Fake Eyelashes
  • Unbranded Blusher
  • Unbranded Shading Pallete
So, lets started!


SEBELUM

Muka plain, no edit. MA letak pelembab sahaja... MA memang tak cukur kening memang original camtu hahaha. Tips, sebelum letak apa mekup kat muka, pastikan muka bersih dan letak pelembab sebagai pelindung kepada kulit kita ni..even kulit MA ni tidaklah halus mulus gitewwww :-P

Conteng conteng muka.. siap! here the look!



***


***


***


***


***

SELEPAS









close-up mekup mata. MA suka simple. tak suka yg terlalu extrem.. ekekeke kening tu MA tak cukur atau trim, just kemaskan dan tutup dengan foundation dan eyeshadow colour champange..kalau nak hasil lagi mables boleh je pilih fakelashes yg lawa-lawa.. MA pakai design yang simple je.. hihi dah nama pun percubaan pertama, banyak lagi yg MA nak kena belajar hihi.. Kalau pakai big lens lagi nampak kawaiii ekekeke 

nanti nak cuba gyaru plak.. bye! 


Khamis, 27 Februari 2014

Review : SOFTLENS BAUSCH AND LOMB

Hari tu mencari-cari lens yang sesuai, sebab risau sangat power mata ni macam makin up. Kebetulan sabtu tu jalan-jalan, terus rembat softlens. Dah google before nak pilih mana satu haha banyak yang review brand Acuvue dari Johnson & Johnson bagus, pusing punya pusing tak jumpa brand tu kat pekan kecil sekitar MA tinggal. At the end ni je lah hasil yang MA dapat. Softlens Bausch  & Lomb 59, kenapa 59? sebab mata MA jenis kering, plus keja kat tempat yg punya power aircond tahap gigil hahaha memandangkan power mata MA tak sama kiri dan kanan, so kena beli lain-lain power. MA malas nak cite panjang MA bagi je spek mata MA mintak dia ambik dari spek tu je bhahaha apek tu kata, beli sepasang RM25, 2pasang dapat RM50. tapi beli sekotak/3pairs dapat RM50.. 

Tanpa fikir panjang MA rembat terus 2kotak RM100 untuk pakai 6bulan haha tamak tak kiterr?? T_T free lens case 1 jer.. kedukut tu apek haha (nampak sangat tak bersyukur di bagi harga murah) hahaha

Yang tak tau, camni la rupanya.. 
ihsan google
Description:

These new generation monthly or more frequently disposable soft contact lenses excel on all three fronts — comfort, convenience and value. Made with advanced Unifit™ technology, ensuring precision fit and performance, lens after lens, month after month.

Water Content:  59% H2O    
Material Content:  Halifilcon B
Diameter: 14.2
Base Curve: 8.6


The Review:

Pro:
  • Lembut je, dah nama pun softlens haha
  • Pandangan MA terang (alhamdulillah)
  • Warna lens ni ada biru-biru sikit, senang sikit nak nampak kot2 terjatuh ke terkeluar ke.. ehehe
Contra:
  • MA rasa macam ada sesuatu kat dalam mata (xselesa untuk jangka masa panjang)
  • Rasa anak mata susah nak bernafas.. (aci tak) haha
  • 14.2mm macam sangat tak sesuai ngan anak mata MA, sebelum ni pakai 14.5mm rasa macam tak pakai lens >_<
  • Nak pakai yg ni kena sentiasa titikkan lens drops
Star Rating:
3/5

Repurchased:
NO

MA pakai lens softlens Bausch & Lomb


gambar selingan.. MA nak mata besar cam anak mommy..




Rabu, 26 Februari 2014

Wordless Wednesday: KEYAKINAN KECANTIKAN ASLI SEJATI

haha ayat tak bleh blah.

here u come!

Review : SIGMA BRUSH (TRAVEL EDITION)

Entry ni sebenarnya dah lama berperam kat dalam hp, berkepuk-kepuk dah gambar dalam tu. haha 

So, lets started..

Kesinambungan dari entry ini, gambar pun cilok je dari entry tu bhahaha




Ini hasil selepas menggunakan berus tu, MA memg suka sangat ngan smokey eyessss ekeke


Here the review:
- berus lembut, yelah dah dari ponytail ekekeke selesa je pakai
- senang apply dan senang nak cuci jgak **tips: cuci guna air suam dan shampoo baby
- nak smudge eyeliner pun senanggggg
- tempat letak berus leh jd tempat simpan jgak.. (dah nama pun travel edition T_T) hahaha

Rating:
4.5/5 
(ke mana setengah lagi? dah terbang sama-sama ngan duitnya bhahaha harga around RM180++)

Khamis, 23 Januari 2014

Pregnancy Diaries : PERANGAI PELIK MOMMY

Assalamualaikum w.b.t

**AMARAN: ENTRY INI BANYAK GAMBAR GEDABAK TUAN TANAH! SILA JANGAN MUNTAH**

Alhamdulillah hari ni genaplah kandungan kedua MA 13w/1d, mohon doa kalian agar semuanya dipermudahkan :) t.kasih.

Berbalik kepada tajuk, haha. Perangai pelik kali ni, suka nauuu pakai shawl/selendang. taktau la kenapa. dah tak kisah belit/lilit/pusing pagi-pagi. sanggup belajar kat u-tube cara pakai shawl hahaha, padahal dah tau yg basic. tp simommy ni nak jugak yg ada fesyen-fesyen, nak jugak yg ada wavy-wavy a.k.a ombak-ombak teheee

tapi MA tak suka semua jenis tau, yg berjaya menarik perhatian adalah wide shawl, halfmoon dan pashmina je. yg lain-lain tu tak berapa nak berkenan. kat entry ini MA pakai shawl halfmoon :)

pakai pashmina yang dah lama berhabuk kat dalam almari bab tak pakai.

wide shawl yg baru beli, ekekeke tp yg ni kain cam kain bawal dan a bit jarang, so kena pakai inner neck kalo nak pakai tau leh lipat dua tp pendek ler jadinya nanti ^_^

yg ni MA tak pakai shawl, tapi bawal aidijuma yg suami belanja ekeke tp MA pakai macam pakai shawl :)

ni plak actually bukan nak p mana-mana pun, just nak p umah satu lagi, tapi kemain begaya mommy ni haha sampai suami pun cakap dah macam orang nak jalan p kk.. okaii finee abangggg T_T

dah lama sebenarnya MA tak pakai shawl ni since ada adel sebab risau anak tercucuk jarum, kena lagi anak cam adel yg aktif semacam, pantang nampak benda atas kepala/tudung simommy, konfom dia nak jugak...

semua di atas tak memerlukan pin/jarum yg banyak. simple dan senang jerr... 

notakaki: pasni tak tau perangai pelik apa lagi yg bakal keluar. haha

sekian, thanks for reading!


Rabu, 22 Januari 2014

Mommy Diary : ADEL'S MONTHLY CHECK UP

Assalammualaikum

ni cerita semalam, adel ada monthly checkup kat KKIA. perkara yg paling membimbangkan MA ialah berkenaan berat sianak, yelah..bulan lalu berat sianak dah mencecah garisan kuning T_T (underweight) takut nanti tak pasal2 suster cakap MA tak bagi anak cukup makan ke apa ke.. kan ke naya tu.. 

adel ni kalo d suap apa2 makanan dia buka je mulut, tp tulah.. lepas makan terutamanya heavy meal memang akan membuang bhahaha camana nak menternak lemak nak? dah tu semalam MA dah eksaited sebab adel lom membuang agak2 boleh up berat adel bila bertimbang nanti, alih2 sebelum gerak p klinik dia sudah membuang T_T hampa lg, dah tu banyak plak tu.. as a mother, just hoping everything goes well. yg penting anak sihat :)


mula-mula nak jalan, eksaited sianak.. teriak sana teriak sini, sampai pcik yg tolong pegang adel pun surrender.. MA tak pegang bab MA driving..adat la bila PJJ ngan hubby, all kena survive sendiri.. more independent ^_^



bila dah sampai klinik??? siap menguap2 lg.. haha nasib tak tunggu lama. kalo lama bole ngamuk sikecik ni dibuatnya.. alhamdulillah, berat adel naik walau takat 200g ehehe at least dah atas dari garisan kuning bhahaha..ikutkan plan pas checkup nak bawa adel p gunting rambut.. tp boleh2 plak terlupa >_< haha sampai rumah baru teringat. kelam kabut nak balik opis agaknyeee... 

sampai je terus nenen dan tido.. ngantuk sangat ler tu anak mommy tu.. next checkup 20.03.2014.. dah 11bulan time tu.. cepatnya sianak membesar. macam baru je semalam berhempas pulas melahirkan mu.. somoga menjadi anak yang soleh ye nak ;) we always love u..

Khamis, 16 Januari 2014

Jalan-Jalan : RUMAH TERBALIK SABAH

Assalamualaikum 

Okeh, ni adalah entry lapuk yg MA perap, sebab nak kasi jeruk hahaha

letaknya rumah terbalik ni adalah di Tuaran Bypass, tepi jalan je. senang nak locate.

oh ye, masuk ni ada bayaran tau, masa mula-mula beroperasi je free.

bayaran:
RM10/adult
RM5/12yrs kebawah
FREE untuk baby

kalo tak silap untuk foreigner lg dorang caj mahal..MA dah tak ingat berapa RM



ini pandangan kalo kite masuk dari pintu masuk ehehe time ni kite tengah tunggu giliran nak masuk sebab sekali masuk cuma boleh 10 orang je. limited sangat.



adel sendiri dah eksaited sangat sampai tak sempat nak tengok kamera. MA dah balik2 panggil tp dia tak layan. last2 babah nye je lerrrr ehehe

dari kiri: bapa, mama, MA, adel zhafran, en. suami tercintaaa
sempat ambik gambar dgn bapa dan mama berlatarbelakangkan rumah terbalik. suami kiteee paling tinggi ehehe nasib baik ada adel temankan babah, jd takde lah babah nampak tinggi sorang2.... :D


pelengkap hidup ^_^ alhamdulillah.. adelzhafran & en.suami


jangan tak tau, garaj nye pun terbalik. dan kereta tu adalah kereta realllll. bukan tipu.. 

dari kiri: amin(adik bungsu), bapa, mama, jiji(adik perempuan MA) dan abang
dah puas pusing2 kawasan luar, tibalah giliran kami... ehehehe


ni la MA malas kalo nak ambik pic dorang.. masing2 buat gaya sendiri tanak tengok kamera.. last2 snap je laaaa, asalkan ada nak d buat kenangan.. haha

MA FAMILY POTRAIT
okayyy fineee.. adel tak berapa nak sporting.. tanak pandang kamera T_T mumy n babah je la syok sendiri nampaknyeeeeee 

dah puas ambik gambar di luar baru lah kami masuk. maaf ye, kat dalam dilarang ambik gambar huhu sedih mulanya, tp mungkin mereka nak kekalkan ke-xclusive-an nyaaaa.. so kalo korang nak tau camana rupa dalam tu boleh datang dan tengok sendiri ^_^

muka penat adel zhafran
dah selesai, semua penat. singgah tandas dulu buang apa2 yang patut sebab pasni nak pulangggg rehat. penatttt

sebenarnya dah lama MA berhajat nak p rumah tebalik ni since MA bujang lg hahaha tp dah ada anak satu baru sempat ditunaikan oleh suami tercinta.. tq babah sayang.. love u more

okeh.. sekian travel log MA... ehehehe

untuk maklumat lanjut, korang boleh je p laman web RUMAH TERBALIK SABAH

Resepi : PASTA GORENG ALA MOMMY

Resepi ni sangat simple untuk orang yg sibuk dan malas macam MA bhahaha. so here u go!


Bahan-bahan:

budget hidangan untuk 3-4 orang

4c pasta ( MA guna bow ribbon pasta )
Air untuk merebus pasta
1bji bwg merah (ditumbuk)
2ulas bwg putih (ditumbuk)
4sb sos cili (tomato pun boleh)
1 kiub ayam
garam & gula (secukup rasa)
minyak masak untuk menumis

Cara:

1. Rebus pasta hingga lembut, campurkan 1sb minyak makan supaya pasta tu tak melekat. Bila dah masak, toskan pasta dan biarkan sejuk.

2. Sementara tu, panaskan minyak.

3. Bila dah panas bolehlah tumiskan bawang2 yg dah ditumbuk tadi, tumis hingga naik bau.

4. Kemudian masukkan sos + kiub ayam, masak hingga pecah minyak. 

5. Pastu masukkan sedikit air tunggu hingga mendidih.. dah mendidih masukkan pasta yg dah ditoskan tadi.

6. Masak hingga mencapai kelikatan yg korang nak. 

7. Done!! ^_^

Selamat Mencuba !!!


Rabu, 15 Januari 2014

Wordless Wednesday : ALHAMDULILLAH

Shawl : MY FAVOURITE STYLE

Bila sebut tentang style.. apa2 je style, masing punya style kegemaran. mcm MA jgak.

kali ni nak cerita tentang gaya shawl, dua tiga menjak ni dah terjatuh ati nak pakai shawl balik hahaha sebelum ni asyik berkepit dengan tudung express/syria/bawal je. ada banyak cara nak pakai shawl ni tapi MA lebih prefer wide shawl sebab besar/lebar dan tutup dada :)

boleh je google atau cari kat youtube ada banyak tutorial yang boleh kita belajar. tp memandangkan MA ni jenis tak boleh nak pakai kerongsang lama2 kat bawah dagu sebab nanti keluar biji2 dan gatal :(

okeh, berbalik kepada tajuk hehe MY FAVOURITE SHAWL STYLE is yg semat/pin kerongsang kat belakang leher hahaha senang dan tak lari terletaknya shawl tu, almaklumlah bila dah jadi emak2 ni anak sangat2 pantang nampak emaknyeee ini lawooo ckit..mulalah nak explore apa kah bendenyeee kat kepala emaknya hahaha..


bawal AJ, tapi MA pakai macam pakai shawl ;) pin kat belakang tengkuk

pashmina, pun pin semat belakang tengkuk hihi

yang ni style biasa, bawal dan simpul bawak je. haha abaikan budak tecik yg asyik tengok pemandangan kat luar tu ^_^


notakaki: masing2 ada cara sendiri ikut kesesuaian bentuk muka.. ini cara MA :) anda pula bagaimana?