Rabu, 4 September 2013

BLOGGER: DULU VS SEKARANG

Assalamualaikum

okeh, sebenarnya MA dah lama bergiat dalam blog ni cuma tak setegar blogger yg lain.. since 2011 kalo tak silap (see tahun pun ragu-ragu). bila rajin baru nak update, kadang ada rasa nak update tapi takde idea nak update tentang apa. hehe. ada jgak entry yg MA terpaksa padam atas sebab yg tak dapat nak dielakkan. dan nama blog balik-balik tukar, selain url pun bebalik rename another name.. konon nak nama cantik-cantik. MA memang a bit "tak tetap pendirian" mudah goyah bila nampak blog orang sume cantik, blog aku je tak, so dari sana mula la gatal tangan nak ubah template sana tukar code dan macam-macam lg.. at the end, MA got nothing.. cuma kekecewaan sebab tak dapat sperti yg diidamkan.. =_=" kemudian klik cursor ke padam blog, dan jadi silent reader je.

sekarang dah terbuka hati nak kembali aktif blogging atas sebab passion MA tentang parenting dan breasfeeding, dan di situ lah bermulanya idea Mommy Oh Mommy :)

allright, berbalik kepada topik MA ni, td MA jenguk blog rakan-rakan lama yg dulu setia folo dan baca blog MA, bila dah jenguk, kebanyakan post/entry diorang a few months ago malah ada yg a years ago.. agaknya mereka pun macam MA, kadang kering idea. be positif, mungkin mereka yg dulu belajar kini dah bekerja, yg dulu bujang kini dah bekeluarga. rasa rindu mula menjengah di minda :)

bila nak blogwalking tetiba rasa jangkal padahal takde orang pun tengok kan.. hehe.. seolah-olah kita dikelilingi orang asing.. (yelah kan, rakan seangkatan dah kurang). dari pemerhatian MA, sekarang blogger yg aktif kebanyakan yg masih belajar, mungkin sbb mereka ada banyak masa nak diluangkan.. tak macam MA, pagi sibuk nak bersiap keja, balik keja nak urus anak. kdg nak buka facebook pun tak sempat. heee

okeh la.. kepada blogger yg lama mahupun yg baru, salam perkenalan dari MA. jemput singgah dan komen ye. salam ukhwah dari MA :)

thanks for reading this entry!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan