Rabu, 4 September 2013

Parenting Tips: Rahsia Makanan Otak Genius Bayi. Part 1

Assalamualaikum.. 

Hari ni MA nak kongsikan serba sedikit tentang kehamilan, tentang apa yg patut siibu makan untuk perkembangan otak janin. semua ni berdasarkan pengalaman dan pembacaan MA.

So lets started..

************

Rahsia Makanan Otak Genius Bayi. Part 1

Madu:
madu
Makanan yang sangat berkhasiat dinyatakan dalam Al-Quran. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protien, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu.
* MA jarang ambik madu masa mengandungkan Adel Zhafran :)

Kismis:
kismis
Kismis mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Dengan ini, ia menjadi makanan pencetus untuk membentuk otak anak genius.
* MA suka sangat makan jagung mayonis dengan kismis tu. sedaaapppp!

Susu Segar:
fresh milk
Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mentak dan fizikal. Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Sabda Rasulullah s.a.w, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar.
* masa mengandungkan Adel Zhafran, 5 bulan pertama MA minum anmum meterna.. disebabkan ada yg kata minum anmum leh buat baby besar, so MA stop dan gantikan dengan susu nespray full cream dan ESP. boleh baca tentang ESP di sini

Telur:
telur
Telur berfungsi untuk menambahkan kecerdasan otak. Telur mengandungi kekuatan protien, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam kampung terbaik untuk memberi kepintaran pada anak.
* MA suka makan telur untuk sarapan. lagi pun dari sekolah rendah lg mak akan sediakan telur setengah masak untuk kami beradik. Bapa plak lebih gemar beri kami makan telur ayam kampung. now dah tau kenapa :) heee


.......to be continue part 2

*************

okeh, sekian untuk part 1. nanti MA sambung di next entry :) 

credit to Majalah PaMa edisi Sept 2013

thanks for reading this entry!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan